Aku bukan gila bayang , tapi “SEBAB” kerana sayang tu masih ada.
Kerana dia pernah singgah dihati ini walau hanya sementara. Duhai , Sungguh .
Sungguh aku sakit menahan peritnya rasa “RINDU” ini. Seandainya tuhan masih
beri peluang untuk aku bersama dia, aku ingin pulang kepangkuan dia. Biar seksa
aku yang tanggung, kerana bila aku bersamanya, aku tahu aku pasti akan di “KONGKONG” sehabisnya. Oh, dunia. Masih
mahukah dia bersama ku ? Masih ingat lagikah dia pada diri aku ? Sungguh aku
rindu saat bersama dia. Aku rindu “GARANG”
dia. Aku rindu semua ! Aku mahu dia. Sungguh, Aku tak mampu terus menipu
perasaan sendiri. Kenapa perlu ada perpisahan antara kami ? Kenapa perlu ada
yang terluka ? Kenapa perlu ada yang tersiksa ? Adilkah semua ini pada diri aku
dan dia ? Kenapa saat aku memerlukan dia, perpisahan yang terjadi. Kenapa perlu
ada “PERPISAHAN” ? Oh , kejam ! Semua kejam. Termasuk diri aku, kejam ! Kejam,
Ego . Sebab terlalu ego. Terlalu ego untuk mengaku bertapa rindunya aku pada
dia. Huh, PERIT. Perit menahan semua ! Tuhan, beri aku kekuatan untuk mengaku,
bahawa bertapa aku rindu dia. Rindu… Perit didada, tiada yang tahu. Biar aku
sendiri yang tanggung. Aku masih belum kuat, masih belum mampu untuk melupakan
semua kenangan kita. Kau terlalu payah untuk aku lupakan. Makin aku cuba, makin
aku RINDU ! Aku rindu manisnya kau, Aku rindu pahitnya kau. Aku rindu.. Setiap
kali aku sendiri, termenung memandang jalan termenung memandang bulan, hanya
kau yang selalu difikiran. Sihatkah kau sekarang ? Bagaimana hidup kau sekarang
? Dengan siapa kau sekarang ? Adakah kau bahagia bersama yang baru ? Semua aku
tak tahu. Aku kosong, SEPI . Aku mahu kau. Aku cuba cari yang lain, Tapi kau
yang selalu aku ingat. Walaupun kita tak lama, tapi kita terlalu banyak
KENANGAN. Aku rindu nak dengar kau membebel. Berleter marah aku. Bergaduh
bertekak. “Abe, yaya rindu abe” Haha. Setiap kali aku panggil kau dgn pamggilan
tu. Aku sendiri yang akan gelak. Sebab aku tak pernah panggil sape2 “ABE”. Kau
orang pertama aku panggil macam tu. Dan kau orang terakhir. Abe.. Ahh, rindu
aku dengan semua. Kalau dulu, kita selalu bersama. Setiap malam kau hiburkan
aku. Kita jalan2, pusing serata KL. Tapi sekarang ? Aku bosan. Kau je yang suka
layan kerenah aku yang macam budak2. Kau beli apa aku nak, kau akan bawa mana
aku nak pergi. Sampai kau sakit kerana terlalu ikutkan perangai aku yang macam
budak2. Abe, mungkin tuhan hanya
mempertemukan kita untuk sementara, dan bukan untuk mempersatukan kita. Tapi
aku rindu kau. Aku tak mampu nak call , mesej kau . Dulu aku silap, kalau aku
tak terlalu ego, mesti kita masih bersama. Tapi tu semua MUNGKIN ! Sebab aku
tahu, kau pun tak mahu bersama aku kan abe? Abe, aku hanya mampu luahkan semua
ni didalam “lappy” . Tapi bukan pada kau. Aku takut kalau aku luahkan semua
pada kau, kau tak layan aku. Lagi aku sakit bila kau tak layan. Jadi, biar
lappy aku yang tahu semua. Kalau dulu, aku akan luahkan semua pada kucing. Tapi
sekarang, aku akan luahkan semua pada lappy. Biar full memori, aku tak kesah.
Janji aku dapat hilangkan sikit rasa RINDU ini. PERIT abe , Aku perit menahan
semua . Sekian abe, Sekian. Aku masih sayang kau.
-anak
pakcik zahari-
(12:12Am,
7/11/2014)