♥ Bila kau minta ; Untuk melangkah ; Pergi jauh dari hidup aku ; Aku tak mampu ; Untuk halang kau pergi ; Kerana kalau betul sayang ; Kau takkan pergi. ♥

Sinner.

Dosa yang sama sering kali diulangi. Ya, aku manusia yang paling bodoh. Senang lupa tuhan, susah merangkak cari tuhan. Takkala aku sendirian meniti setiap langkah kehidupan, berfikir apa yang akan terjadi kiranya suatu hari nanti aku pergi tanpa sempat bertaubat kepada ilahi ? Seringkali mengulangi perbuatan keji. Tanpa sedikitpun rasa malu kepada pencipta yang mencipta tubuh badan ni. Oh, jahilnya aku tentang agama. Bukan tidak pernah aku didedahkan dan diberikan pendidikan tentang agama. Dari kecik lagi aku sudah dihantar bersekolah tadika yang agama agak dititiberatkan. Jadi, Jangan salahkan kedua ibubapa aku. Terkadang aku terfikir, kenapa aku jahil sebegini rupa ? Macam mana mulanya aku boleh terjebak melakukan semua hal yang bodoh ini. Yaa, orang kata remaja sifatnya ingin mencuba segalanya. Mungkin kerana hal itu aku mula terjebak melakukan segala perkara yang keji. Dengan siapa lagi aku mahu mengadu nasib kalau bukan dia yang dia atas. Ya, kalau aku mengadu pada manusia tak semua orang mahu mendengar. Tapi yang di atas masih setia menunggu aku biarpun berjuta kali aku melakukan dosa terhadapnya. Aku seakan lupa aku punya tuhan, tuhan yang memberi nikmat segalanya. Memberi nyawa, memberi kehidupan. Mungkin apa yang terjadi pada diri aku, ada hikmah disebaliknya. Kerana tuhan sebaik-baik perancang. Jika aku masih diberi kesempatan, izinkan aku tuhan untuk mendampingi orang-orang yang mencintai kau. Agar aku juga boleh rasa bagaimana nikmatnya mencintai pencipta; Allah tuhan sekalian alam. Izinkan aku dampingin orang-orang yang kuat imannya, suci hatinya ya allah. Lembutkan hati aku yang terlalu keras dan kotar ini ya allah. Allahu, masihkah kau sudi mendengar rintihan hati si pendosa seperti aku ini ? Sungguh malu aku kepada mu tuhan, Kejinya diri aku. Kotornya diri aku. Andai masa boleh diputar. Hmm :'(

-Sinner-
nrl shdra.